BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sabtu, 28 Ogos 2010

masalah merokok


Tabiat merokok boleh membunuh 1 bilion orang dalam abad ini. Terdapat lebih kurang 1.15 bilion perokok di seluruh dunia. Lebih 80% daripada angka ini adalah dari negara-negara yang berpendapatan rendah dan sederhana. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tembakau menjadi satu daripada penyebab paling utama terhadap kematian di seluruh dunia. Adalah dianggarkan bahawa lebih kurang 100 juta orang mati disebabkan oleh penggunaan tembakau di abad ke-20. Dalam abad ke-21, adalah diramalkan bahawa 1 bilion orang akan mati sekiranya corak merokok sekarang ini berterusan!

Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok membunuh seorang daripada 10 orang dewasa di seluruh dunia, atau menyebabkan empat juta kematian.

setiap lapan saat, seorang mati akibat penggunaan tembakau. Lebih kurang 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta setiap minit.
Di kalangan negara-negara Pertubuhan Kesihatan Sedunia, Rantau Pasifik Barat yang mana merangkumi Asia Timur dan Pasifik mempunyai kadar tabiat merokok yang tertinggi, dengan hampir dua pertiga lelaki yang merokok.
Di kalangan golongan remaja di seluruh dunia berumur 13 hingga 15 tahun dianggarkan seorang daripada lima orang adalah perokok.
60,000 hingga 100,000 kanak-kanak di seluruh dunia mula merokok setiap hari secara kasar, separuh daripada mereka di negara-negara Asia.
Separuh daripada perokok jangka masa panjang akan mati akibat penggunaan tembakau yang menyebabkan kanser paru-paru, penyakit jantung dan penyakit paru -paru yang kronik.
Terdapat lebih daripada 4,000 bahan kimia dalam asap tembakau, yang mana 2,000 daripadanya adalah toksik, 63 adalah karsinogenik dan selebihnya adalah bahan-bahan yang boleh menyebabkan kerengsaan.
Secara purata, setiap batang rokok yang dihisap akan memendekkan sekurang-kurangnya lima minit hayat seseorang.
30% daripada semua kematian berkaitan kanser adalah daripada tabiat merokok.
90% daripada semua kematian akibat kanser paru-paru adalah disebabkan oleh tabiat merokok.
Senario dan Tabiat merokok di Malaysia:



Fakta sepintas lalu

Hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.
Setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja di bawah umur 18 tahun mula merokok.
30% daripada remaja lelaki berumur 12 hingga 18 tahun merokok.
Bilangan remaja perempuan yang merokok semakin bertambah. Hasil daripada dua kajian ke atas remaja yang dijalankan dalam tahun 2000 dan 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok telah bertambah dari 4% hingga 8%. Secara keseluruhannya, kajian dalam tahun 2004 mendapati bahawa hampir seorang daripada lima orang remaja adalah perokok.
Kes kanser paru-paru telah bertambah dengan kadar 17% setahun.
Tabiat merokok dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).
Berdasarkan Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan Ke-2 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam tahun 1996, tabiat merokok menyebabkan kematian lebih kurang 10,000 orang setahun.
Perspektif

Untuk mengatasi ancaman di mana semakin ramai remaja (10 tahun ke atas) dan bilangan perokok wanita yang semakin meningkat dalam kadar yang sangat membimbangkan
Mempergiatkan usaha untuk membenteras dan mencegah masalah ketagihan rokok perlu dilaksanakan segera dan berterusan
Bertindak secara lebih agresif bagi menangani ancaman masalah kesihatan ini secara bersungguh-sungguh memandangkan peratusan yang sangat tinggi kematian akibat penyakit yang berpunca dari ketagihan rokok.
Sebarang kempen yang memfokus kepada pencegahan dari tabiat merokok merupakan usaha dan keutamaan nasional dan menjadi teras kepada program kesihatan negara.
Tabiat merokok adalah satu penagihan

Tembakau mengandungi sejenis bahan penyebab ketagihan yang dipanggil nikotin. World Health - satu buletin yang ditaja oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, dalam edisi bulan Julai-Ogos 1995, telah melaporkan bahawa nikotin menghasilkan tindak balas kimia dalam badan yang sama dengan yang dihasilkan oleh heroin dan kokain. Kadar berbalik dependen yang cuba untuk berhenti menggunakan nikotin, alkohol, kokain dan heroin secara kasarnya adalah sama, namun banyak yang melaporkan bahawa adalah lebih sukar untuk berhenti menggunakan tembakau, berbanding dengan pelbagai dadah haram yang lain, menurut buletin tersebut. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Pusat Mengenai Ketagihan dan Penyalahgunaan Substan di Universiti Columbia, Amerika Syarikat, nikotin dianggap sebagai satu ambang dadah yang dikaitkan dengan penggunaan bahan haram. Menurut satu kajian, bagi orang dewasa yang mula merokok sebelum berusia 15 tahun, kemungkinan beliau menjadi seorang penagih dadah adalah tiga kali ganda. Kajian ini juga menunjukkan bahawa kanak-kanak yang merokok setiap hari, kemungkinan dia menjadi penagih dadah, adalah 13 kali ganda jika dibandingkan dengan kanak-kanak tidak kerap merokok.

sumber:http://my.opera.com/karanganbm/blog/masalah-merokok

masalah sosial dikalangan

Masalah Sosial di Kalangan Remaja Kini Makin Meruncing
Pengenalan

Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Pelbagai kes jenayah berlaku turut melibatkan kes Juvana. Dalam tahun 1995 ,1,895 kes melibatkan Juvana. Daripada jumlah itu 406 kes curi kenderaan atau (21.42 peratus), lain-lain kecurian 451 kes (23.80%), pecah rumah malam hari 324 kes (17.10%), curi dalam bangunan/orang gaji 277 kes (14.62%), mendatangkan kecederaan 154 kes (8.13%), pecah rumah siang hari 148 kes (7.81%), rogol 70 kes (3.70%) dan samun 58 kes (3.06%). Perangkaan-perangkaan yang menggerunkan ini menyerlahkan kepada kita betapa seriusnya krisis akhlak yang melanda remaja di negara kita ketika ini.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.

Perkembangan akhlak seseorang boleh dibahagikan kepad tiga tahap :
a) Tahap awal kanak-kanak
b) Tahap pertengahan dan akhir kanak-kanak
c) Tahap baligh dan remaja

Peringkat pertama

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula membentuk keyakinan kepada persekitarannya. Proses ini amat bergantung kepada belaian ibu yang berterusan di mana ibu memenuhi keperluan emosi dan fisiologinya. Hubungan ibu dan anak dalam peringkat ini perlulah dijaga dan perkukuhkan sehingga kanak-kanak mempunyai keyakinan kepada lingkungan dan alam sekitarnya. Anak-anak yang tidak memperolehi perhatian serta kasih sayang ibu dalam tahap ini perkembangan emosional dan fizikalnya mungkin akan terbantut. Anak tersebut kelihatan lebih kecil dari umurnya yang sebenar.

Dalam peringkat 18 bulan hingga 3 tahun kanak-kanak mula beralih daripada bersandarkan kepada ibu semata-mata. Kanak-kanak mula membentuk keperibadiannya tersendiri, di mana ia bertarung untuk memastikan pilihannya sendiri. Dalam peringkat ini ibu wajar memberikan penuh perhatian. Kegagalan kanak-kanak tersebut dalam merealisasikan kemandiriannya menyebabkannya ia akan ragu terhadap dirinya serta kurang yakin dengan kemampuannya sekaligus mengakibatkan berkurangnya keyakinan kepada orang lain. Anak-anak akan bersifat malu dan merasa serba kekurangan.

Keupayaan anak-anak untuk mandiri serta merasakan kewujudan dirinya yang tersendiri cukup penting dalam peringkat ini. Dalam tahap inilah berkembangnya sifat-sifat personal seperti sayang, benci, ego serta kebebasan untuk mengungkap perasaan. Dalam peringkat umur 3 hingga 6 tahun kanak-kanak tersebut terus mengembangkan kemandirian dengan kegiatan yang lebih meluas; di mana mereka lebih aktif bergerak, mempunyai tahap prihatin yang lebih tinggi, banyak bertanya dan bercakap. Ibu bapa dan pengasuh wajar mengarahkan kanak-kanak dengan bijak agar mereka memperoleh kemahiran-kemahiran mengatur dan menyusun sesuatu sehingga kanak-kanak berjaya melaksanakannya. Layanan yang kasar serta kekerasan yang berlebihan boleh menjejaskan jiwa, mental dan fizikal kanak-kanak.

Ibu bapa tidak wajar menganggap kanak-kanak pada peringkat ini seperti orang tua dalam erti kata meletakkan tanggungjawab moral dan akhlak terhadap perbuatan dan reaksinya kerana kanak-kanak masih belum mampu membezakan dengan tepat dan memahami sesuatu. Mereka hendaklah dikasihi, diperlakukan secara lemah lembut dan sikap toleransi. Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menunjukkan sifat-sifat yang demikian. Abu Qatabah meriwayatkan pada suatu hari Nabi keluar menemui kami. Beliau mendokong Umamah Abu 'Asr. Beliau bersembahyang sambil mendokong Umamah, apabila Baginda ruku', beliau meletakkan dan apabila ia bangun ia dukung semula Umamah. Hadis ini membayangkan betapa kasihnya Rasulullah kepada cucunya.Beliau tidak memperlakukannya sebagai manusia yang mengerti segala-galanya.Beliau membenarkan anak tersebut bersamanya ketika sembahyang walhal sembahyang itu adalah ibadah yang suci dalam Islam.

Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak

Dalam peringkat ini kanak-kanak mula memperluas arena hubungan sosial dan pergaulannya dengan orang lain yang sekampung atau sesekolah atau juga rakan sebaya dengannya. Kanak-kanak mula menyesuaikan diri dengan situasi dan kondisi baru dalam hidupnya. Ia mula membezakan perbuatan dan jenis-jenis tindak tanduk yang disukai oleh orang lain atau sebaliknya. Ia gembira jika orang lain puas dengan perbuatannya. Sebaliknya ia kecewa, menyesal jika orang lain marah kepadanya. Ini adalah permulaannya yang betul bagi proses pembentukan akhlak yang luhur.

Perkembangan akhlak yang positif ini menyebabkan kanak-kanak selalu berusaha untuk menyelaraskan antara kehendak dirinya dengan kehendak orang lain. Antara kecenderungan dan motivasi dengan nilai agama, akhlak, tradisi, guru, peraturan dan undang-undang. Dalam peringkat ini terteralah kesedaran tentang tanggungjawab akhlak dalam diri kanak-kanak sehingga ia mencapai tahap perkembangan akhlak yang ke-3. Dalam peringkat ini ibu bapa dan guru perlu perihatin kepada kecendurangan ini dan amat perlu diarahkan secara yang bijaksana sehingga kanak-kanak dapat memperolehi model yang utama (role model) di samping mengembangkan kearah nilai-nilai kebaikan.

Peringkat yang ketiga iaitu peringkat baligh dan remaja

Perkembangan akhlak pada masa ini mula berakar dan mantap. Fizikal kanak-kanak mula berkembang dan membesar. Perkembangan ini diikuti oleh perkembangan sosioemosinya di mana anak tersebut mula memperolehi keperibadiannya yang unik. Ia mula merasakan 'sense of belonging' kepada kelompok yang lebih besar. Peringkat ini adalah peringkat yang amat komplikated (rumit) dan ia disertai oleh pengalaman-pengelaman baru serta peranan dan peluang-peluang yang baru. Menyerlahnya dorongan kejantinaan semakin merumitkan hubungannya dengan orang lain. Keupayaan fizikalnya semakin kukuh dan mencapah. Tanggungjawab persekolahan ikut bertambah, disiplin hidupnya mula terbentuk.

Kanak-kanak mula berubah menjadi manusia yang berupaya mengawal kehendak nalurinya. Ia mula menundukkan diri kepada contoh utama yang telah terserap jauh dalam batinnya. Ia menjadikan contoh utama tersebut sebagai kriteria dalam tingkah laku dan situasi yang bersifat moral. Ia akan beriltizam dengan saranan-saranan dan contoh yang ditunjukkan sama ada wujud dalam bentuk undang-undang, sistem, adat dan budaya sosial atau ketiadaannya.

Kesempurnaan perkembangan akhlak berkaitan dengan kesempurnaan perkembangan akal, kejiwaan dan sosial. Huzaifah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda : "Janganlah kalian menjadi pak turut. Kalian menyatakan kalau orang lain buat baik kalian buat baik. Kalau mereka jahat kalian buat jahat. Akan tetapi mantapkanlah pendirian kalian. Jika orang baik kalian wajar berbuat baik. Jika mereka melakukan kejahatan janganlah pula kalian melakukan."

sumber:http://asnahhamid.blogspot.com/