BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 22 September 2010


MASALAH REMPIT MAMPU DIATASI DENGAN CARA ISLAM
Posted on Mei 27, 2008 by imbalo
Disaat manusia lain asyik dibuai mimpi dalam lena dimalam hari, terdapat sekumpulan anak muda yang asyik menunggang motosikal sambil menunjukkan aksi-aksi yang berbahaya. Kedengaran deruman motosikal sehingga mengganggu orang lain yang sedang tidur dan yang berada dijalanan. Anak muda ini juga melakukan aksi-aksi ngeri yang membahayakan mereka sendiri dan orang lain, perlakuan mereka hanya kerana ingin mendapat kepuasan dan kemegahan.
Kalau duhulu istilah bohjan dan bohsia pernah kita dengar, sekarang pula kita dengar istilah Mat Rempit dan Minah Rempit. Isu rempit bukanlah isu yang baru di dalam masyarakat kita. Apabila disebut perkataan rempit rata-rata masyarakat sudah lali dan memandang negatif mat rempit ini. Apabila ditanya apa pandangan masyarakat tentang isu rempit ini? Pastinya kedengaran perkara-perkara negatif sahaja. Antara perkara yang akan dikaitkan dengan mat rempit adalah menunggang motosikal dengan laju sehingga membahayakan keselamatan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Selain itu juga rempit ini dipandang sebagai egen perosak imej masyarakat Malaysia yang mana mereka sering dikaitkan dengan kes-kes kecurian, penzinaan atau free sex yang menjadi gaya hidup mereka, pembuangan bayi dan juga isu dadah apatah lagi isu rokok yang menjadi trend kehidupan mereka.
Persoalan yang sering dibincangkan didada akhbar, corong-corong radio dan paparan televisyen adalah berkenaan kenapa isu rempit ini masih lagi tidak selesai. Perlu kita menelusuri punca kenapa masalah rempit ini makin menjadi-jadi dari akar umbi permasalahan.
Menurut Wakil Pergerakan Puteri UMNO Pulau Pinang, Arbaayah Termizi yang mana telah menyalahkan media elektronik dan media bercetak terhadap isu rempit ini. Perkara ini dilihat kerana publisiti yang melampau menyebabkan mat rempit merasakan sentiasa diberi perhatian, malah menganggap diri sendiri sebagai idola kepada orang lain. Perkara ini dianggap berasas kerana terlalu banyak filem dan drama remaja yang berbau rempit sehinggakan masyarakat memandang media kita ketandusan idea untuk menonjolkan imej baik dan positif. Dua kajian besar yang dijalankan di Amerika Syarikat (AS), Surgeon Generals Reports (1972) dan laporan dari Institut Kebangsaan Kesihatan Mental (1982) sepakat menyatakan bahawa keganasan yang dipaparkan dalam televisyen sememangnya mengakibatkan perubahan tingkah laku menjadi lebih agresif di kalangan remaja yang menonton program-program tersebut. Ini termasuk juga kajian ke atas 391 orang remaja di Carolina Utara , AS mendapati mereka yang lebih banyak menonton adegan seks di televisyen berkemungkinan mengadakan hubungan seks lebih awal daripada mereka yang kurang berpeluang menonton adegan tersebut. Menyingkap kajian ini dapatlah kita fahami media memainkan peranan dalam proses perubahan tingkah laku remaja. Seharusnya media memandang serius isu ini agar mesyarakat memandang media sebagai agen perubahan tingkahlaku remaja kearah yang positif.
Sikap tidak endah atau pandang enteng oleh ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat terhadap isu rempit ini juga menjadikan budaya rempit semakin berleluasa. Kita tidak salahkan ibu bapa sepenuhnya, tetapi merekalah yang memainkan peranan besar dalam soal ini. Dilihat sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka menunggang motosikal tanpa lesen adalah perkara yang biadap. Ini kerana didikan anak-anak perlulah dengan keprihatinan dan pemantauan bukan dengan membiarkan anak-anak melakukan sesuka hati sehingga melanggar undang-undang dan batasan syariat.
Rakan sebaya juga faktor besar yang menyumbang kepada masalah rempit ini. Si rempit ini hanya mahukan keseronokan dan kepuasan, yang mana jika dalam perlumbaan haram habuan yang akan diterima pemenang adalah wang taruhan dan juga perempuan yang boleh untuk disetubuhi secara bergilir-gilir. Wang taruhan tersebut juga akan digunakan untuk ‘enjoy’ di karaoke dan kelab malam. Perkara sedemikian juga berlaku kepada mat dan minah rempit sehingga membolehkan mereka terjebak dalam kancah ini.
Apabila diteliti dan dikaji pastinya hanya kesan negatif sahaja yang timbul dalam masalah rempit ini. Antara kesan rempit adalah ianya membahayakan diri dan juga pengguna jalanraya yang lain. Selain itu kesan dalaman adalah seperti pergaulan bebas yang membawa kepada penzinaan dan terus kepada pembuangan bayi yang tidak berdoasa. Ada juga yang telah menghidap HIV AIDS gara-gara berjinak dengan dunia rempit ini. Selain itu kes pergaduhan juga timbul antara kumpulan rempit yang tidak berpuas hati antara satu sama lain.
Diseluruh negara pasti ada sekumpulan rempit yang melanggar undang-undang. Cukup banyak operasi untuk membendung masalah rempit ini dari menjadi-jaidi tetapi operasi ini dianggap kurang berkesan jika pihak lain tidak mainkan peranan yang sama. Ada juga tragedi yang tidak sepatutnya berlaku seperti pada 10 Februari 2008 di Ipoh, dua konstabel polis cedera dirempuh mat rempit. Tragedi sebelumnya juga pada 29 Januari 2008 di Kangar Perlis, yang mana seorang anggota polis bantuan telah patah kaki akibat dilanggar oleh mat rempit. Perkara ini seharuslah diambil serius kerana ia berhubung dengan nyawa.

CARA MENGATASI

Banyak langkah yang telah diambil untuk memulihkan budaya rempit ini tetapi tidak menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Wazi Abdul Hami, bekas pelumba motosikal profesional yang mengajak mat dan minah rempit menyertai Persatuan Penunggang Motosikal Profesional (ProRider) untuk menjalani latihan sekiranya mereka ingin berubah.
Langkah yang diambil oleh putera Umno haruslah dipuji, cuma pelaksannannya yang harus diperbaiki kerana masyarakat jelas objektifnya tetapi persoalannya sejauhmana keberkesanan program yang dijalankan.
Pembinaan litar bagi mat rempit juga haruslah dipuji bagi menangani masalah ini, tetapi sejauh mana keberkesanan seharusnya dikaji dengan teliti. Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak juga menyatakan litar ini akan diselia oleh tenaga pengajar profesional yang akan mengawal aktiviti di samping mengatur program untuk pengguna litar. Kenyataan ini berasas kerana dengan adanya penyeliaan maka aktiviti mat rempit ini akan dikawal.
Penguatkuasaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga memainkan peranan penting. Dicadangkan oleh Presiden Jaringan Nasional Belia Mapan agar Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini diperkasa dan diperketatkan lagi seperti diajar secara terperinci sewaktu kelas memandu di sekolah-sekolah memandu, ini adalah kerana penunggang baru akan mengetahui kesan dan akibat jika melanggarnya. Bagi penunggang yang berbahaya sehingga membahayakan penjawat awam haruslah didakwa di bawah Seksyen 332 Kanun Keseksaan.
Dasar Sosial Negara (DSN) bermatlamatkan untuk memacu pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan insan bagi mencapai kesepaduan, kestabilan sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia yang maju dan mantap. Bagi merealisasikan pelaksanaan strategi-strategi di bawah Dasar Sosial Negara, maka Majlis Sosial Negara ditubuhkan di peringkat Persekutuan sebagai jentera penyelarasan pelaksanaan. Namun kini, Majlis Sosial Negara kelihatan seolah-olah sudah terkubur begitu sahaja. Dasar Sosial Negara mestilah berperanan untuk membantu mengurang seterusnya membasmikan masalah rempit ini. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang dalam Akhabar Pengguna.
Seharusnya banyak pihak perlu tampil untuk mengatasi masalah ini. Perancangan dan strategi yang teliti perlulah dikaji. Konsep serampang dua mata seperti dalam Dasar Ekonomi Baru juga boleh diaplikasikan bagi menyelesaikan masalah ini iaitu dengan cara mengurang dan membasmi rempit di Malaysia serta menjana generasi muda bencikan perlakuan rempit.
Ibu bapa seharusnya memainkan peranan besar dalam soal ini. Didikan dari kecil seharusnya berteraskan agama dititik beratkan dalam keluarga. Anak-anak sering menyalahkan ibu bapa yang hanya sibuk mencari wang sedangkan masa bersama anak-anak diabaikan. Ibu bapa seharusnya meluangkan masa bersama anak-anak dalam pelbagai aktiviti seperti beriadah, menonton dokumentari, membaca bersama dan sebagainya. Pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa kepada anak-anak ini mampu membasmi rempit pada masa hadapan. kita fikirkan sepotong ayat dari surah Al-Nisa’ ayat 9:

“Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khawatir terhadap (kesejahteraan) mereka. oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.” Jelaslah dari ayat ini bahawa ibu bapa seharusnya jangan membiarkan generasi anak-anak berada dalam keadaan tidak sejahtera.

Media yang dikatakan sebagai penyumbang besar dalam isu rempit ini seharusnya memandang serius isu ini agar imej media dipulihkan. Propaganda hendaklah selalu dipaparkan oleh media agar masyarakat dalam semua peringkat memandang rempit sebagai perlakauan jijik dan tidak patut dilakukan. Propaganda ini akan membantu menangani masalah ini. Ini kerana perkara yang berulang kali dipaparkan kelak akan memjadi perkara yang tersemat dalam minda. Iklan-iklan minyak pelincir atau minyak petrol yang ditayangkan dan dipaparkan hendaklah jauh dari bentuk yang negatif seperti pemanduan laju. Pihak pengiklanan perlu mencari alternatif lain bagi meningkatkan publisiti tetapi tidak perlulah mengambil idea negatif untuk diserapkan.
Kementerian pelajaran Malaysia perlulah tegas dalam soal rempit ini. Subjek-subjek tertentu memainkan peranan untuk memastikan tahap kesedaran terhadap isu rempit ini. Sebagai contoh subjek Pendidikan Islam atau Pendidikan Moral menyatakan masalah rempit ini mestilah dijauhi kerana mempunyai implikasi yang besar. Pihak sekolah seharusnya bekerjasama dengan pihak Polis Trafik atau Jabatan Pengangkutan Jalan untuk menangani masalah ini diperingkat sekolah lagi. Ini kerana kebanyakan pelajar yang ke sekolah menunggang motosikal kebanyakannya tidak mempunyai lesen yang sah disisi undang-undang. Pihak sekolah harus tegas dengan permaslaahn ini kerana dikhuatiri dilabelkan sebagai pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menangani isu ini.
Pendakwah-pendakwah juga hendaklah memainkan peranan yang jelas dan bukan hanya pandai berceramah dalam masjid dan surau sahaja. Medan dakwah ini perlu diluaskan skopnya kerana ramai remaja diluar sana yang tercicir agamanya dan perlu dididik. Pengarah Pusat Islam Universiti Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah mencadangkan dalam temubualnya bersama wartawan Mohd. Radzi Mohd. Zin supaya pendakwah Muslim perlu bersama-sama dengan kumpulan rempit ini dan perlahan-lahan menggunakan ‘jarum suntikan’ secara halus untuk menarik mereka kembali ke pangkal jalan. Ini dijelaskan oleh Allah menerusi firman-Nya: Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. (An-Nahl: 125).
Terakhirnya peranan komuniti rakyat Malaysia dan juga badan NGO. Kita seharusnya membantu generasi rempit ini dengan cara menghampiri mereka dan menjelaskan kedudukan sebenar rempit inu dari sudut agama dan undang-undang. Nasihat dengan cara yang berhemat mungkin diterima oleh mat rempit ini. Pelan panduan menangani masalah ini dari pihak yang berautoriti seharusnya disediakan agar menjadi pedoman kepada komuniti masyarakat.

Islam sendiri mempunyai kaedah sendiri untuk berlumba. Kaedah ini juga sewajibnya digunakan oleh mat dan minah rempit agar menjadi perempit yang bertakwa. Perlumbaan ini seharunya berlandaskan dan bergagaskan al-quran dan sunnah dalam perjalanan ini. Memetik artikel Ummu Abbas dari Majalah KONSEP yang mana sememang fitrah manusia suka berlumba-luma. Fitrah berlumba-lumba ini kali pertama dapat dikesan adalah di alam rahim ibu. Berjuta-juga sperma berlumba-lumba mengejar satu ovum dalam perlumbaan untuk menjadi insan. Berjuta-juta sperma ini Allah jadikan dititip ke dalam sel lelaki. Fitrah manusia juga, tidak kira mat rempit atau siapa sahaja adalah keinginan untuk berlumba-lumba. Jika orang kaya, pastinya akan berlumba-lumba untuk semakin kaya, kalu mat rempit pula, berlumba-lumba untuk mendapatkan kepuasan yang tidak tahu apa dimana nilainya. Islam sendiri menyuruh ummatnya berlumba-lumba tetapi dengan istilah mengejar kebaikan. Ini bertepatan dalam surah Al-Baqarah ayat 148:

9e@ä3Ï9ur îpygô_Ír uqèd $pkÏj9uqãB ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuöyø9$# 4 tûøïr& $tB (#qçRqä3s? ÏNù‘t ãNä3Î/ ª!$# $·èÏJy_ 4 ¨bÎ) ©!$# 4n?tã Èe@ä. &äóÓx« ÖÏs% ÇÊÍÑÈ

“Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.”

Dalam ayat diatas Allah menghendaki makhluknya supaya berkejar-kejar dan berlumba-lumba dalam kebaikan. Mat dan minah rempit perlu menggunakan landasan ayat ini untuk melakukan kebaikan seperti perilaku mulia, tidak derhaka kepada ibu bapa, menghormati masyarakat dan sebagainya.
Manusia masih lagi tidak mahu memahami perlumbaan yang Allah tetapkan. Mat rempit juga hanya memilih jalanraya untuk medan beradu kepuasan, sedangkan Allah telah tetapkan jalan yang lurus bertepatan dengan surah Al-Fatihah ayat 6:

$tRÏ÷d$# xÞºuÅ_Ç9$# tLìÉ)tGó¡ßJø9$# ÇÏÈ xÞºuÅÀ tûïÏ%©!$# |MôJyè÷Rr& öNÎgøn=tã Îöxî ÅUqàÒøóyJø9$# óOÎgøn=tæ wur tûüÏj9!$Ò9$# ÇÐÈ

“Tunjukilah kami jalan yang lurus, (yaitu) jalan orang-orang yang Telah Engkau beri nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.”

Daripada surah yang kita baca setiap rakaat dalam solat, seharusnya kita meminta pada Allah supaya kita berada pada jalan yang lurus. Jalanraya yang Allah sediakan hendaklah dilalui dengan amal yang baik seperti jalan Para Nabi dan ulama. Menyingkap surah Al-Maidah ayat 48:

!$uZø9tRr&ur y7øs9Î) |=»tGÅ3ø9$# Èd,ysø9$$Î/ $]%Ïd|ÁãB $yJÏj9 ú÷üt/ Ïm÷yt z`ÏB É=»tGÅ6ø9$# $·YÏJøygãBur Ïmøn=tã ( Nà6÷n$$sù OßgoY÷t/ !$yJÎ/ tAtRr& ª!$# ( wur ôìÎ6®Ks? öNèduä!#uq÷dr& $£Jtã x8uä!%y` z`ÏB Èd,ysø9$# 4 9e@ä3Ï9 $oYù=yèy_ öNä3ZÏB Zptã÷Å° %[`$yg÷YÏBur 4 öqs9ur uä!$x© ª!$# öNà6n=yèyfs9 Zp¨Bé& ZoyÏnºur `Å3»s9ur öNä.uqè=ö7uÏj9 Îû !$tB öNä38s?#uä ( (#qà)Î7tFó$$sù ÏNºuöyø9$# 4 n<Î) «!$# öNà6ãèÅ_ötB $YèÏJy_ Nä3ã¥Îm6t^ãsù $yJÎ/ óOçGYä. ÏmÏù tbqàÿÎ=tFørB ÇÍÑÈ


“…….Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang Telah datang kepadamu. untuk tiap-tiap umat diantara kamu, kami berikan aturan dan jalan yang terang. sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, Maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang Telah kamu perselisihkan itu”.

Mat rempit selalunya dikaitkan dengan perkara negatif yang berlandaskan hawa nafsu. Hawa nafsu dalam bentuk cara menunggang yang merbahaya pada diri dan orang lain, perlakuan aksi-aksi ngeri yang jauh dari fitrah manusia. Mat rempit dan juga manusia lain, perlulah sedar bahawa jalan yang Allah aturkan memang nyata terang. Seharusnya kita mengambil jalan terang ini untuk medan perlumbaan dalam berlumba-lumba melakukan kebaikan yang disuruh oleh Allah.
Jika mat rempit berbangga dengan hadiah wang ringgit dan perempuan murahan sebagai habuan perlumbaan motosikal. Tawaran Allah bagi juara dan pemenang perlumbaan kebaikan lebih mengagumkan. Tawaran ini telah dinukilkan dalam surah Fatir ayat 33:

àM»¨Zy_ 5bôtã $pktXqè=äzôt tböq¯=ptä $pkÏù ô`ÏB uÍr$yr& `ÏB 5=yds #Zsä9÷sä9ur ( öNåkÞ$t7Ï9ur $pkÏù ÖÌym ÇÌÌÈ

“ (bagi mereka) syurga 'Adn mereka masuk ke dalamnya, di dalamnya mereka diberi perhiasan dengan gelang-gelang dari emas, dan dengan mutiara, dan Pakaian mereka didalamnya adalah sutera.”

Habuan yang Allah berikan kepada manusia dalam perlumbaan ini adalah benda-benda yang berharga. Mana mungkin untuk mendapat syurga jika tidak berlumba-lumba mengejar melakukan kebaikan. Allah dengan sifat kasih sayangnya memberi emas, perhiasan dan sebagainya untuk pemenang dalam perlumbaan kebaikan ini, habuan-habuan ini dapat dinikmati dengan nikmatnya di syurga kelak selepas penat berlumba di medan dunia.
Allah Yang Maha Tahu telah menyediakan sesuatu yang memenuhi fitrah lelaki. Dalam surah Al-Baqarah ini Allah sedia merealisasikannya di dalam ayat 25:

ÎÅe³o0ur úïÏ%©!$# (#qãYtB#uä (#qè=ÏJtãur ÏM»ysÎ=»¢Á9$# ¨br& öNçlm; ;M»¨Yy_ ÌøgrB `ÏB $ygÏFøtrB ã»yg÷RF{$# ( $yJ¯=à2 (#qè%Îâ $pk÷]ÏB `ÏB ;otyJrO $]%øÍh (#qä9$s% #x»yd Ï%©!$# $oYø%Îâ `ÏB ã@ö6s% ( (#qè?é&ur ¾ÏmÎ/ $YgÎ7»t±tFãB ( óOßgs9ur !$ygÏù Ólºurør& ×ot£gsÜB ( öNèdur $ygÏù crà$Î#»yz ÇËÎÈ

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan surga-surga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. setiap mereka diberi rezki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan : “Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu.” mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang Suci dan mereka kekal di dalamnya.”

Lihat sahaja tawaran Allah ini, tidak hanya emas dan perhiasan malah disediakan juga permaisuri syurga untuk melayani para pemenang perlumbaan kebaikan ini. Berita gembira ini seharusnya diketahui oleh setiap manusia agar mereka lebih laju mengorak langkah dalam perlumbaan melakukan amal soleh ini. Jika mat rempit menikmati minah rempit dengan landasan yang bersalahan hukum Allah, hukumannya adalah hukuman bagi zina didunia dan neraka diakhirat. Jadi perlumbaan yang digariskan Allah memenuhi fitrah lelaki lebih-lebih lagi mat rempit. Mereka yang menjadi juara dirakamkan oleh Allah dalam surah fatir ayat 34 dan 35:


(#qä9$s%ur ßôJptø:$# ¬! üÏ%©!$# |=ydør& $¨Ytã tbtptø:$# ( cÎ) $uZ /u Öqàÿtós9 îqä3x© ÇÌÍÈ üÏ%©!$# $oY¯=ymr& u#y ÏptB$s)ßJø9$# `ÏB ¾Ï&Î#ôÒsù w $uZ¡yJt $pkÏù Ò=|ÁtR wur $uZ¡yJt $pkÏù Ò>qäóä9 ÇÌÎÈ

“Dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang Telah menghilangkan duka cita dari kami. Sesungguhnya Tuhan kami benar-benar Maha Pengampum lagi Maha Mensyukuri.”
“Yang menempatkan kami dalam tempat yang kekal (surga) dari karunia-Nya; didalamnya kami tiada merasa lelah dan tiada pula merasa lesu.”

Allah telah jelaskan tempat bagi pemenang-pemenang perlumbaan kebaikan adalah syurga. Pelumba ini juga di dalam syurga dapat rehat selepas penat bertarung atas medan yang Allah gariskan.

Kesimpulan daripada penerangan di atas maka semua pihak haruslah memainkan peranan bersama. Ibu bapa, sekolah, komuniti masyarakat, badan kerajaan dan badan NGO mestilah berganding bahu untuk menangani masalah ini. Masalah rempit ini mampu ditangani dengan jayanya jika manusia melihat kepada objektif kehidupan manusia iaitu beribadat kepada yang Esa. Kita mampu mengubah kehidupan kita dari yang gelap kepada yang terang. Sejarah telah membuktikan bagaimana pada zaman jahiliah manusia berada dalam keadaan yang tidak bermoral seperti pembunuhan bayi dan menganggap wanita adalah mahkluk yang hina dan boleh dibuat sesuka hati. Tetapi dengan datangnya kebenaran yang menyeru kepada kebaikan maka zaman berubah. Zaman yang dahulunya gelap gelita sudah disinari cahaya kebenaran. Kita fikirkan sepotong ayat Al-Quran dari surah Ali-‘Imran :

`ä3tFø9ur öNä3YÏiB ×p¨Bé& tbqããôt n<Î) Îösø:$# tbrããBù‘tur Å$rã÷èpRùQ$$Î/ tböqyg÷Ztur Ç`tã Ìs3YßJø9$# 4 y7Í´¯»s9‘ré&ur ãNèd cqßsÎ=øÿßJø9$# ÇÊÉÍÈ
“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”

Ma’ruf di sini bermaksud segala perbuatan yang mendekatkan kita kepada Allah; sedangkan munkar ialah segala perbuatan yang menjauhkan kita dari pada-Nya. Kita fikirlah dengan mendalam ayat ini agar ianya tersemat didalam hati sanubari setiap insan untuk menyelesaikan masalah ini secara bersama.


sumber:http://zulzaidi.wordpress.com/2008/05/27/masalah-rempit-mampu-diatasi-dengan-cara-islam/

0 ulasan: