REAKSI TERHADAP KES BULI DAN GANGSTERISME DI SEKOLAH
Buli ialah merupakan satu bentuk penyalahgunaan (abuse). Buli boleh berlaku dalam bentuk langsung (direct) seperti ejekan, ugutan, tekanan atau tindakan fizikal. Selain itu, buli juga boleh berlaku dalam bentuk yang tidak langsung (indirect) yang menyebabkan seseorang pelajar terpinggir dari kawan-kawannya.
Isu kes buli dan gangsterisme di sekolah telah menimbulkan suasana yang tidak selamat di sekolah. Hampir setiap hari di setiap sekolah di serata dunia akan menghadapi masalah dalam kes disiplin pelajar-pelajar mereka . Kes yang paling popular ialah kes buli. Di Malaysia kita boleh lihat sendiri gejala buli berlaku dalam sesebuah komuniti . Kes ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan masyarakat khususnya para ibu bapa.
Hal ini dapat dibuktikan dengan peristiwa kematian pelajar Mohd Hadzrin Mohamad setelah koma lapan hari akibat dibelasah sekumpulan remaja berhampiran sekolah di Cheras gara-gara berebut kekasih, meninggal dunia pada 21 Februari 2009.
Banyak faktor yang mempengaruhi kes buli ini antaranya masalah disiplin yang semakin merosot di kalangan pelajar, kelemahan peraturan sekolah dan sikap tanggungjawab guru terhadap pelajar, sistem sekolah yang terlalu mementingkan pencapaian akademik dan mengenepikan aspek sukan, kokurikulum, pembinaan sahsiah dan kerja berpasukan.
Rentetan dari peristiwa itu, timbul pelbagai cadangan sama ada dari jabatan kerajaan, individu atau pertubuhan bukan kerajaan mengenai langkah-langkah yang pelu diambil bagi mengatasi masalah ini. Antara pendekatan yang boleh diambil ialah melengkapkan pelajar dengan skil komunikasi sosial yang baik. Beberapa skil komunikasi sosial yang diperlukan ialah pengurusan konflik (conflict resolution), pengurusan kemarahan (anger resolution), skil asertif (assertive skills) dan skil perundingan (negotiation skills). Setiap sekolah juga perlu menganjurkan program khas pembentukan peribadi pelajar sebagai usaha menangani gejala buli yang semakin menular.
Sumber Maklumat:http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=2919:reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah&catid=99:isu-negeri Jabatan Penerangan Malaysia Mac 2009
Rabu, 22 September 2010
Dicatat oleh wanie di 2:06 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan